PIALA FA MALAYSIA
Piala FA: Info Siaran Langsung & Live Streaming JDT vs Malaysian University
JDT akan melayan kunjungan pasukan semi-pro A1, Malaysian University dalam aksi kedua suku akhir Piala FA Malaysia 2024 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Menerusi kemenangan 5-0 ke atas Malaysian University pada aksi pertama, JDT dilihat tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengekalkan momentum kemenangan dan seterusnya bakal mengesahkan kemaraan ke peringkat seterusnya.
Ketua jurulatih Malaysian University, Ridzuan Abu Shah mengakui kurangnya konsentrasi dalam aksi pertama dalam kalangan pemain-pemain mereka sehinggakan mereka hilang fokus dan melepaskan 5 jaringan.
"Motivasi yang saya berikan kepada mereka adalah supaya mendisiplinkan diri dalam menentukan dan mengekori serta membantu satu sama lain. Itu diterapkan untuk kita bertahan, tetapi kurangnya konsentrasi pada pemain membuatkan jaringan lebih banyak berlaku," katanya.