Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maguire-winner.jpg
MANCHESTER UNITED 2 LEICESTER CITY 1

Gol daripada tandukan Harry Maguire dalam waktu kecederaan melengkapkan kebangkitan Manchester United ketika menewaskan Leicester City 2-1 di Old Trafford untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kelima Piala FA.

United sekali lagi memulakan perlawanan dengan hambar, di mana mereka gagal mendaftarkan sebarang percubaan sepanjang separuh masa pertama.

Mereka ketinggalan pada minit ke-42 apabila Bobb De Cordova-red mudah menanduk masuk bola melepasi penjaga gol, Andre Onana.

Pasukan bimbingan Ruben Amorim itu menampilkan aksi lebih baik selepas waktu rehat dan hampir menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Alejandro Garnacho, tetapi percubaannya terbias ke palang gol sebelum dikeluarkan Caleb Okovoli dari atas garisan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, jaringan yang dicari-cari United muncul pada minit ke-68 apabila Juoshua Zirkzee menolak masuk bola di depan gawang susulan usaha awal yang dilakukan Garnacho.

Ketika Leicester kelihatan akan membawa perlawanan itu ke masa tambahan, Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.

Dia menanduk masuk bola daripada sepakan percuma gemilang Bruno Fernandes dan walaupun ulang tayang menunjukkan dia berada di kedudukan ofsaid, tiada rujukan video bantuan pengadil (VAR) dapat dilakukan kerana teknologi itu hanya akan diaplikasikan bermula pusingan kelima Piala FA musim ini.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Piala FA Inggeris
Sabtu, 06 Dis
Round 2
03:30 AM
Salford City-team-logo Salford City
Leyton Orient-team-logo Leyton Orient
11:00 PM
Exeter City-team-logo Exeter City
Wycombe Wanderers-team-logo Wycombe Wanderers
11:00 PM
Peterborough United-team-logo Peterborough United
Barnsley-team-logo Barnsley
11:00 PM
Fleetwood Town-team-logo Fleetwood Town
Luton Town-team-logo Luton Town
11:00 PM
Grimsby Town-team-logo Grimsby Town
Wealdstone FC-team-logo Wealdstone FC
11:00 PM
Swindon Town-team-logo Swindon Town
Bolton Wanderers-team-logo Bolton Wanderers
11:00 PM
Stockport County-team-logo Stockport County
Cambridge United-team-logo Cambridge United
11:00 PM
Port Vale-team-logo Port Vale
Bristol Rovers-team-logo Bristol Rovers
11:00 PM
Wigan Athletic-team-logo Wigan Athletic
Barrow-team-logo Barrow
11:00 PM
Cheltenham Town-team-logo Cheltenham Town
Buxton FC-team-logo Buxton FC
11:00 PM
Chelmsford City-team-logo Chelmsford City
Weston Super Mare-team-logo Weston Super Mare
11:00 PM
Milton Keynes Dons-team-logo Milton Keynes Dons
Oldham Athletic-team-logo Oldham Athletic
11:00 PM
Accrington Stanley-team-logo Accrington Stanley
Mansfield Town-team-logo Mansfield Town

Must Watch Video