Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Faiz Nasir pastikan Terengganu FC ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faiz-nasir.jpg
Terengganu FC melangkah ke suku akhir Piala FA selepas mengatasi Kedah Darul Aman FC 1-0 dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi.

Skuad Peteh yang masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang FC Ahad lalu dalam saingan Liga Super mempamerkan permulaan yang terbaik apabila hampir mendahului pelawat pada minit pertama.

Menerusi Kpah Sherman, namun percubaan pemain import itu berjaya dinafikan penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Chek Kasim.

Lima minit kemudian, Faiz Nasir berjaya menanduk masuk hasil umpanan Faisal Halim untuk mendahului 1-0.

Kedua-dua pasukan berusaha menampilkan corak permainan yang cemerlang namun tiada jaringan sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan kemenangan buat Terengganu.

Skuad kendalian Nafuzi Zain bakal bertemu Kuching City FC dalam aksi berikutnya.
 

Advertisement

Must Watch Video