Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Bekalan KTRW buat KL City kempunan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizi-kl-city.jpg
KL CITY 1 KTRW 0 
(KTRW layak dengan agregat 3-2)

Kelantan The Real Warriors (KTRW) menafikan sebarang kebangkitan Kuala Lumpur (KL) City dalam pusingan 16 Piala FA, sebentar tadi. 


KTRW mempertahankan bekalan 3-1 hasil pertemuan perama meskipun berdepan laluan berliku apabila tumpas 0-1 ketika aksi timbal balik di Cheras.

Skuad Warga Kota terlebih dahulu melepaskan peluang berharga selepas jaringan Safawi Rasid pada minit ke-14 tidak dikira apabila penelitian video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan bola terkena tangannya sebelum penyudahnya.

Keampuhan KTRW menghalang asakan tuan rumah memastikan babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.






Tetapi ancaman daripada KL City berterusan dalam separuh masa kedua apabila Kpah Sherman nyaris-nyaris memecah kebuntuan perlawanan.

Dan gol yang ditagih KL City akhirnya berkunjung tiba pada minit ke-71 menerusi Victor Ruiz.

Tatkala anak buah Risto Vidakovic itu bertungkus lumus dalam pemburuan gol yang mampu mengimbangi agregat, tiang gol pula menjadi penghalang kepada percubaan Ryan Lambert pada lewat perlawanan.

Bahkan, masa tambahan kecederaan enam minit sekalipun tidak mampu membuahkan apa-apa hasil untuk KL City akur tersingkir dengan agregat 2-3.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video