Piala FA: Arsenal diundi jumpa juara bertahan Manchester United dalam pusingan ketiga

Hanis Natasya
Disember 3, 2024 13:29 MYT
Arsenal diundi bertemu juara bertahan, Manchester United, di tempat sendiri dalam pusingan ketiga Piala FA.
Arsenal, yang memegang rekod kejuaraan 14 kali, akan berdepan dengan juara bertahan dan juara 13 kali, United, dalam majlis undian awal pagi tadi.
Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, akan menjadi tuan rumah kepada Salford City, yang dimiliki oleh berisan bekas pemain terkenal 'Kelas 92' Man United.
Dalam pada itu, Liverpool dan satu lagi pasukan EPL, Chelsea, masing-masing akan menerima kunjungan Accrington Stanley dan Morecambe dari liga divisyen keempat.
Tamworth akan menjadi tuan rumah kepada Tottenham dalam salah satu perlawanan pusingan ketiga, yang akan dimainkan pada hujung minggu 11 Januari.
Satu-satunya pasukan bukan liga, Dagenham & Redbridge, akan bertandang ke laman kelab Liga Kejuaraan, Millwall.
Sementrara itu, Bromley, yang bergelut dalam League 2, akan berkunjung ke laman Newscatle United, manakalan pasukan EPL, Brighton dan Hove Albion, akan ke kubu Norwich City.
Aston Villa lawan West Ham merupakan satu lagi perlawanaan melibatkan dua pasukan EPL selain Arsenal menentang Man United.
#FA #perdana #United” #Inggeris” #“Bola #sepak” #”Liga #”Arsenal” #”Manchester #”Piala
;