Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Marcos Antonio, menyifatkan penyerang Pahang, Mattheus Alves, sebagai ancaman utama terhadap pasukannya dalam aksi suku akhir kedua Piala FA, malam ini.
Antonio sekali lagi menjadi taruhan utama untuk mengemudi benteng akhir skuad Harimau Selatan berdepan Pahang.
Turut cemerlang menghasilkan gol dalam pertemuan pertama 1 April lalu, pertahanan dari Brazil ini mengakui kelibat Alves cukup berbahaya.
Ini susulan penyerang import Pahang itu berjaya meledak gol penting ketika aksi di Stadium Darulmakmur tempoh hari yang memberi kesukaran kepada pasukannya kini.
"Mereka meledak tiga gol berdepan kami. Mereka memiliki penyerang yang berbahaya, jadi kami perlu memberi perhatian lebih terhadapnya," ujarnya.
Antonio, bagaimanapun, optimis JDT mampu bangkit mengatasi defisit dua gol bagi meneruskan kemaraan ke separuh akhir, sekaligus mencerahkan peluang mencapai misi mempertahankan kejuaraan musim ini.
"Sudah tentu kami melakukan tugas yang baik di Pahang tetapi kami tetap tewas. Tetapi saya percaya dengan rakan sepasukan saya. Walaupun sukar, tidak mustahil kami mampu mara ke separuh akhir," tambahnya.
Sementara itu, pertahanan Pahang, Afif Amiruddin, mengakui skuad Tok Gajah perlu mengelak dibolosi gol awal menentang JDT di Larkin untuk melayakkan diri ke separuh akhir.
Afif akan mengemudi benteng akhir skuad Tok Gajah malam ini selepas tidak diturunkan ketika aksi di laman sendiri tempoh hari kerana menjalani penggantungan perlawanan.
Pengalaman bekas pertahanan PDRM dan Perlis ini sememangnya ditagih pengendalinya, Dollah Salleh, bagi mengekang asakan hebat yang bakal dilancarkan tuan rumah.
"Tempoh 15 minit pertama, kami perlu berhati-hati kerana sudah pasti mereka mahukan gol awal. Kerana jika mereka berjaya menemui gol pertama, mereka akan bersemangat untuk memburu gol kedua," katanya.
Afif turut menegaskan kedudukan pasukannya belum selamat untuk meneruskan kemaraan walaupun mempunyai kelebihan dua gol.
"Apa sahaja boleh berlaku, JDT adalah juara bertahan, ditambah dengan beraksi di laman sendiri, keputusan 3-1 sebelum ini belum selamat buat kami," tambahnya.
Ketika Afif ditagih di bahagian pertahanan, Ahmad Syamim Yahya dan tonggak import, Alves, pula diletakkan harapan di jentera serangan untuk merobek gawang JDT.