Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, menegaskan agar anak buahnya tidak terlalu tunduk dengan status 'gergasi; Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang saingan separuh akhir Piala FA Malaysia 2025/26.
Meskipun sedar kekuatan pasukan lawan yang sarat dengan barisan bintang import itu, skuadnya turun bukan sekadar untuk menjadi mangsa belasahan, sebaliknya ada misi untuk mencipta defisit sebagai bekalan dalam aksi timbal balik nanti.
Begitupun, The Cats bakal turun tanpa tiga tonggak utama yang tidak layak beraksi susulan status pinjaman daripada JDT membabitkan Ramadhan Saifullah, Daniel Amier dan Haziq Nadzli.
"Saya rasa kami pasukan 'underdog' dan JDT pasukan besar. JDT menang berdepan Shanghai, jadi moral mereka sangat baik.
"Tetapi semua perkara bola berlaku dalam bola sepak. Perkara penting adalah pemain konsisten dan permainan dikawal dengan pengadil yang bagus," katanya.
Aidil turut memberikan bayangan bakal ada rombakan dalam kesebelasan utama, bagi memastikan setiap watak yang bertanggungjawab dalam setiap posisi perlu menggalas tugas itu dengan sempurna,, sesuai dengan sasaran untuk mencuri mata.
"Bakal ada perubahan, tiga pemain tidak boleh beraksi. Semestinya semua pemain mahu beraksi dalam aksi besar ini. Setiap gol penting, kami cuba untuk bolos.
"Saya percaya pemain bersedia dan kami mahu menikmati bola sepak." ujarnya.