Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: 3 penalti, Sabah tumpaskan kelab liga A1 6-0 di Paroi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah.jpg
Bukan masalah besar buat Sabah apabila mudah menundukkan kelab Liga A1 Semi-Pro, Bunga Raya, 6-0 dalam perlawanan timbal balik pertama Piala FA di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan, sebentar tadi.

Hatrik penyerang Harimau Malaya, Darren Lok, menerajui serangan Sang Badak yang selangkah mara ke pusingan seterusnya kejohanan tersebut.

 

Ini termasuk jaringan pemain muda bawah 23 tahun negara (B-23), Fergus Tierney, pada minit ke-19 permainan.

Dalam aksi berat sebelah itu, Sabah mendapat kelebihan menerusi tiga sepakan penalti dan kesemuanya berjaya dilunaskan dengan mudah. 

Advertisement

Must Watch Video