Skip to main content

Bola Sepak

Piala Emas Raja-Raja: Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan -- ATM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

atm.jpg
19 tahun tak menjejakkan kaki dalam final Piala Emas Raja-Raja dan 26 tahun tidak bergelar juara.

Situasi itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) benar-benar mahu mengangkat piala tersohor hujung minggu ini.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT), Leftenan Kolonel Ismazaini Ismail, menegaskan hasil gabungan tiga penjuru barisan anggota darat, udara dan air membawa perbezaan ketara dalam pasukan.

"Barisan kejurulatihan dan pemain merupakan gabungan tiga perkhidmatan. Ada pemain yang sememangnya sudah bermain bersama ATM. 

"Ia telah meningkatkan prestasi ATM untuk kami buat yang terbaik.

"Barisan ini juga akan berjuang habis-habisan dalam final.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Insya-Allah kami akan bawa pulang piala ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.




Tiada janji bulan bintang daripada pihak pengurusan, namun tuntutan semangat sepasukan sudah pasti bakal membawa hasilnya.

"Saya sering bertemu para pemain. 

"Saya selalu cakap kepada pemain, jangan tanya apa ATM akan beri tapi tanya diri kamu apa yang kamu nak beri.

"Jika kamu berjaya menghasilkan sesuatu, Insya-Allah akan ada ganjarannya.

"Tapi, mereka harus membuktikan sesuatu dahulu," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video