Skip to main content

Bola Sepak

Piala Emas: Pesta gol 12 minit bawa Mexico ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

orbelin-pineda-mexico.jpg
MEXICO 3 HONDURAS 0

Tiga gol yang dijaringkan Mexico dalam babak pertama menjamin tempat mereka dalam separuh akhir Piala Emas selepas menewaskan Honduras 3-0 di Glendale, hari ini.

Juara bertahan itu berpesta gol selama 12 minit dan jelas menguasai segala aspek selepas merekodkan 13 berbalas empat percubaan dan 64 peratus penguasaan permainan.

Rogelio Funes Mori, yang menjaringkan dua gol ketika menewaskan Guatemala 3-0 di peringkat kumpulan, membuka jaringan pada minit ke-26 dengan menyudahkan lintangan Luis Rodriguez dari sebelah kanan.

Pemain tengah LA Galaxy, Jonathan dos Santos, menggandakan kelebihan Mexico menerusi sepakan voli pada minit ke-31 sebelum Orbelin Pineda melengkapkan pesta gol itu berselang tujuh minit.

Mexico akan menantikan pemenang di antara Costa Rica dan Canada dalam satu lagi perlawanan suku akhir esok.
 

Advertisement

Must Watch Video