BOLA SEPAK

Piala Emas: Jaringan tunggal Vines pastikan AS lakar kemenangan

Ammar Hakim 12/07/2021 | 04:00 MYT
AS 1 HAITI 0
Amerika Syarikat memulakan saingan Piala Emas CONCACAF dengan kemenangan 1-0 ke atas Haiti semalam.
Jaringan pertama Sam Vines di peringkat antarabangsa cukup untuk memastikan kemenangan AS di Children's Mercy Park, Kansas City.
Tandukan minit kelapan membantu AS meraih permulaan dengan kemenangan dalam saingan Kumpulan B, di mana mereka di belakang Canada, yang menewaskan Martinique 4-1.
AS merupakan juara Piala Emas enam kali, termasuk dua daripada empat edisi terdahulu -- pada 2013 dan 2017.
Mereka hampir membuka jaringan seawal minit keenam, namun percubaan Walker Zimmerman sekadar menggegar palang.
Bagaimanapun, tiga minit kemudian berjaya menghasilkan jaringan selepas Vines menanduk masuk hantaran Gyasi Zardes.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad kendalian Gregg Berhalter kembali beraksi Khamis ii, apabila mereka bertemu Martinique.
;