BOLA SEPAK

Piala Emas: Daryl Dike cetus inspirasi kemenangan AS atasi Martinique

Ammar Hakim 16/07/2021 | 06:13 MYT
Daryl Dike menjaringkan dua gol ketika membantu Amerika Syarikat meraih kemenangan kedua dalam Piala Emas CONCACAF dengan mengatasi Martinique 6-1 di Kansas City sebentar tadi.
AS, yang menang 1-0 dalam aksi pembukaan Piala Emas bertemu Haiti, menemui sentuhan jaringan dengan empat gol terhasil dalam separuh masa kedua untuk mara ke suku akhir.
Skuad yang rata-rata dibarisi pemain MLS, mendominasi 69 peratus kawalan permainan sementara melakukan 20 percubaan berbanding sembilan yang dihasilkan Martinique yang tewas 4-1 kepada Kanada dalam perlawanan pertama.
Penyerang Orlando City, Dike, membuka jaringna pada minit ke-13 sebelum sekali lagi menemui jaringan pada minit ke-23.
Selepas perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua, Miles Robinson, Gyasi Zardes Gianluca Busio, Nicholas Gioacchini melengkapkan kemenangan bergaya mereka.
Jaringan saguhati Martinique terhasil menerusi Emmanuel Riviere pada minit ke-64.
AS akan bertemu Kanada dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Ahad ini di Kansas City.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika Syarikat #Martinique #Piala Emas CONCACAF #Daryl Dike
;