BOLA SEPAK

Piala Emas Concacaf Wanita: Aksi separuh akhir dihimpit masalah padang bertakung air

Ammar Hakim 07/03/2024 | 06:28 MYT
Dalam perlawanan separuh akhir Piala Emas Concacaf Wanita antara Amerika Syarikat dan Kanada semalam, usaha memburu slot ke final terhimpit masalah permukaan padang yang sangat teruk.
Berikutan hujan lebat di Stadium Snapdragon di San Diego, California, terdapat lopak air yang kelihatan di seluruh padang menjadikannya mustahil untuk bermain bola sepak.
Permukaan yang teruk dibanjiri air ternyata menjejaskan corak permainan sehinggalah hantaran ke belakang pemain Kanada yang menghadirkan jaringan pembukaan buat AS menjadi bualan utama yang menunjukkan bahawa perlawanan tersebut tidak seharusnya dilangsungkan dengan rata-rata meminta perlawanan tersebut dihentikan.
Berikut ialah reaksi yang perlu anda lihat:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam kenyataan Concacaf mengapa perlawanan itu diteruskan, yang menegaskan bahawa ia adalah mengikut budi bicara pengadil.
"Ia semata-mata atas budi bicara pengadil sama ada padang itu selamat dan boleh dimainkan," kata Concacaf kepada Yahoo Sports.
“Seperti yang kita lihat pada minit awal awal permainan, pengadil pergi dan menunjukkan bahawa bola sebenarnya tidak bergolek,” katanya.
"Apabila dia pergi ke balai pegawai keempat, sangat jelas bagi demonstrasinya bahawa dia tidak fikir ini adalah keadaan yang selamat namun diberitahu untuk meneruskan perlawanan tersebut."
Perlawanan tersebut bagaimanapun akhirnya memihak AS yang memenangi perlawanan menerusi penentuan penalti 3-1 selepas kedudukan terikat 2-2 sehingga tamat 120 minit waktu permainan.
Mereka bakal bertemu Brazil, yang mudah mengatasi Mexico 3-0, dalam aksi final.
#bola sepak
;