Matt Turner menafikan dua sepakan penalti untuk membantu Amerika Syarikat mara ke separuh akhir Piala Emas buat kali ke-12 berturut-turut.
Penjaga gol, Matt Turner, telah memberitahu rakan sepasukan supaya tidak bimbang apabila perlawanan bertemu Kanada jika ia diheret ke penentuan sepakan penalti.
“Ia merupakan kata-kata akhir sebelum dia turun ke padang," kata pengendali sementara skuad AS, B.J. Callaghan.
"Ia cukup mengagumkan kerana pemain dalam pasukan ini cukup tenang, terus komited dengan apa yang mereka amalkan."
Turner menafikan dua sepakan penalti, dan membantu AS mengatasi Kanada 3-2 dalam penentuan selepas perlawanan terikat seri 2-2 untuk mara ke separuh akhir Piala Emas CONCACAF bertemu Panama. Untuk rekod, AS tidak pernah memenangi penentuan penalti sejak 2005.
“Banyak tendangan penalti yang saya lihat dalam persiapan saya, kebanyakan pemain telah dikeluarkan,” kata Turner.
"Saya hanya mempercayai naluri saya dan biasanya apabila saya berbuat demikian, saya mendapati diri saya mempunyai lebih banyak pulangan yang berhasil."
Brandon Vázquez memberikan AS pendahuluan 1-0 pada minit ke-88, tetapi Steven Vitória mengikat kedudukan pada minit ketiga masa kecederaan dengan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Miles Robinson.
Jacob Shaffelburg meletakkan Kanada di hadapan pada minit ke-109 tetapi gol sendiri oleh pemain Kanada, Scott Kennedy, menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-115.
Ammar Hakim
Mon Jul 10 2023