Piala EFL: Man City singkir Liverpool, Haaland ledak gol ke-24
Ammar Hakim
Disember 22, 2022 07:31 MYT
Disember 22, 2022 07:31 MYT
Erling Haaland menjaringkan gol ke-24 musim ini dan Kevin De Bruyne mempamerkan aksi cemerlang ketika Manchester City menewaskan penyandang juara, Liverpool 3-2 untuk mara ke suku akhir Piala EFL, awal pagi tadi.
Dua gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) beraksi di Stadium Etihad dalam perlawanan pertama selepas tamat rehat Piala Dunia, dan juara liga itu yang berjaya menoktahkan kemenangan.
Haaland membuka jaringan, hanya untuk Fabio Carvalho menyamakan kedudukan.
Riyad Mahrez kembali meletakkan City di hadapan pada permulaan separuh masa kedua, namun Mohamed Salah segera menyamakan kedudukan bagi meledak gol yang ke-15 musim ini.
De Bruyne yang menakjubkan kemudian melakukan bantuan jaringan kedua perlawanan buat Nathan Ake, dan skuad kendalian Jurgen Klopp gagal menghasilkan jaringan penyamaan buat kali ketiga, sekaligus tewas buat kali pertama kepada City dalam enam perlawanan.
YES, @NathanAke! ? ? 3-2 ? #ManCity pic.twitter.com/TGqdUDWM1A
— Manchester City (@ManCity) December 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.