Skip to main content

Bola Sepak

Piala EFL: Mahrez, Alvarez pastikan City benam Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

julian-alvarez_1dgomi1z8j7nq1vt5at9f13nai.jpg
Rentetan aksi mengecewakan Chelsea berterusan selepas mereka tersingkir daripada saingan Piala EFL oleh Manchester City di pusingan ketiga dengan kekalahan 2-0 awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan melakukan tujuh pertukaran daripada kesebelasan utama dalam aksi di Stadium Etihad dab Chelsea kelihatan memiliki peluang yang lebih baik di separuh masa pertama.

Namun selepas Christian Pulisic dan Lewis Hall gagal menyempurnakan peluang, dua gol pantas dalam separuh masa kedua oleh Riyad Mahrez dan Julian Alvarez membenarkan City mengawal rentak permainan.

City, yang memperkenalkan Kalvin Phillips untuk penampilan pertama sejak pertengahan September, memastikan kemenangan sekaligus menyingkirkan finalis musim lalu Chelsea.
 

 

Advertisement

Must Watch Video