Liverpool terus dirundung malang dalam saingan peringkat domestik apabila tersingkir daripada Piala Liga Inggeris (EFL) dengan tewas 0-3 kepada Crystal Palace dalam perlawanan pusingan keempat di Anfield awal pagi tadi.
The Reds tewas kesemua empat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi kekalahan kali ini menyaksikan mereka sekali lagi gagal melunaskan dendam tewas dalam penentuan Perisai Komuniti awal musim ini selepas turut tewas di laman Palace dalam saingan liga bulan lalu.
Ismaila Sarr muncul pemain cemerlang dengan membuka jaringan pelawat pada minit ke-41 sebelum menggandakan kelebihan itu empat minit kemudian.
Dalam usaha untuk merapatkan kedudukan, malang terus menimpa Liverpool apabila Mara Nallo dilayangkan kad merah pada minit ke-79.
Kelebihan seorangan pemain dimanfaatkan sepenuhnya Palace untuk menambah satu lagi jaringan yang disudahkan Yeremy Pinto pada minit ke-88.
Palace seterusnya akan bertemu Arsenal di peringkat suku akhir hujung tahun ini.

Nike Phantom 6 Low Academy
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang