Skip to main content

Bola Sepak

Piala EFL: Liverpool rancang rehatkan tonggak utama hadapi Southampton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arne-slot-salah.jpg
 'Anda tidak akan berjumpa dengan mereka pada hari Selasa (awal pagi Rabu ini)!'

Demikian tegas Arne Slot yang merancang untuk menyisihkan Mohamed Salah dan empat lagi tonggak penting Liverpool bagi perlawanan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Southampton.


The Reds itu mengetepikan Everton 2-1 dalam 'derby Merseyside' di Anfield kelmarin untuk rentetan kemenangan kelima, namun pengurus itu sedia merehatkan tonggak utamanya. 

Slot membuat empat pertukaran dalam kemenangan derby Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas menumbangkan Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara (UCL) yang menyaksikan Conor Bradley, Milos Kerkez, Hugo Ekitike dan Alexis Mac Allister turut berperanan dalam kesebelasan utama. 

Ryan Gravenberch terlebih membuka tirai jaringan sebelum mencipta gerakan gol buat Ekitike sebelum Idrissa Gueye cuba merapatkan jurang buat pelawat. Walaupun berdepan detik yang mencemaskan, The Reds masih mengekalkan permulaan sempurna musim ini.

Slot menekankan kepentingan penggiliran pemain selepas jadual yang sibuk dengan berkata: "Inilah sebab mengapa pasukan seperti kami dan pasukan di Eropah memerlukan skuad seperti ini, kami perlu mengharungi begitu banyak perlawanan. Ini bukan satu alasan; kami akur. 

 

“Yang bagusnya ialah saya mempunyai pilihan untuk penggiliran pemain untuk sepanjang minggu dan pemain yang beraksi tiga kali sepanjang 90 minit ialah Virgil van Dijk, Ibou (Ibrahima Konate), Mo (Mohamed Salah), Ryan (Gravenberch) dan Dom (Dominik Szoboszlai).

"Saya boleh beritahu anda sekarang bahawa anda tidak akan berjumpa mereka pada hari Selasa.”

Advertisement

Must Watch Video