BOLA SEPAK
Piala EFL: Kecederaan Jota menakutkan Liverpool
Diogo Jota telah memberikan Liverpool satu lagi kegusaran dengan pengendalinya, Arne Slot, mendedahkan penyerang itu diragui untuk pertembungan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Southampton awal pagi ini.
Slot mengesahkan bahawa Jota tiada dalam latihan kerana mengalami kecederaan hentaman pada bahagian atas badannya ketika menentang Chelsea pada Oktober, dan hampir pasti tidak beraksi di St. Mary's.
“Dia tidak berlatih semalam jadi mari kita lihat sama ada dia boleh berlatih dengan kami hari ini. Bukan di kesebelasan utama. Mudah-mudahan dia boleh membuat beberapa minit tetapi saya tidak menjangka dia akan bermula esok.”? Jota "not completely fit"⭐️ Academy duo to start?❌ His suspensionPlenty to enjoy from Arne Slot's #SOULIV press conference - watch it here ⤵️— This Is Anfield (@thisisanfield) December 17, 2024
Iklan
Berita baiknya pula, masih belum dapat dilihat sama ada Kostas Tsimikas akan diturunkan untuk berdepan The Saints tatkala kepulangannya ke sesi latihan bersama The Reds merupakan rangsangan tepat pada masanya berikutan kad merah Andy Robertson dalam keputusan seri 2-2 Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Fulham di Anfield.Brilliant build-up, touch and finish for Jota's equaliser ? pic.twitter.com/xMOv1EA2zO— Liverpool FC (@LFC) December 17, 2024
Dikhabarkan ada beberapa pemain akademi yang diberi peluang bakal membuat penampilan sulung bersama skuad senior.Kostas Tsimikas is set to return to full training today, Arne Slot has confirmed ⤵️— Liverpool FC (@LFC) December 17, 2024
Last time out against Southampton at St Mary's... ?? pic.twitter.com/nUuQQry1ge— Liverpool FC (@LFC) December 17, 2024
Must-Watch Video