LIVERPOOL 2 FULHAM 1
Cody Gakpo dan Darwin Nunez masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Liverpool memperoleh kelebihan satu gol dengan menewaskan Fulham 2-1 dalam separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) di Anfield awal pagi tadi.
Kedua-dua pemain itu dimasukkan pada awal babak kedua, di mana tuan rumah ketika itu sedang ketinggalan satu gol gara-gara kesilapan Virgil van Dijk yang dimanfaatkan Willian pada minit ke-19.
Liverpool kelihatan bergelut dan tiada kreativiti tanpa Trent Alexander-Arnold yang masih cedera.
Bagaimanapun, kemasukkan Nunez menyaksikan Liverpool bermain dengan lebih kemas dan ketenangan yang dimiliki Gakpo juga menyaksikan The Reds mula menguasai bahagian tengah.
Kedua-dua pemain itu kemudian bergandingan menjaringkan gol kemenangan Liverpool yang disempurnakan Gakpo pada minit ke-71, tiga minit selepas Curtis Jones melakukan percubaan terbias untuk menyamakan kedudukan.
Liverpool akan bertandang ke Craven Cottage bagi aksi separuh akhir kedua pada 25 Januari ini.