Wolverhampton Wanderers berdepan detik sukar ketika tewas 2-3 kepada Brighton dalam pusingan ketiga Piala Carabao di Falmer Stadium, awal pagi tadi.

Berada dalam kalangan kelab tercorot di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa sebarang kemenangan dan skrip yang sama berterusan dimana seawal minit ke-14 gawang Wolves dirobek menerusi rembatan Quomah Baleba daripada luar kotak penalti disusuli jaringan kedua Simon Adingra untuk Brighton selesa mendahului dihadapan.




Namun sebaik masuk babak kedua, Wolves kembali dihukum lagi menerusi jaringan Ferdi Kadioglu pada penghujung perlawanan.

Walaupun wujud bibit kebangkitan daripada Wolves ketika Tommy Doyle cuba merapatkan jurang dengan jaringan kedua tetapi mereka terpaksa akur susulan kesuntukan masa sekaligus menyaksikan mereka tersingkir daripada kempen ini.