Chelsea mengelak daripada tersingkir dalam saingan piala Liga Inggeris (EFL) apabila menewaskan Wolves 4-3 dalam aksi pusingan keempat di Stadium Molineux awal pagi tadi.
Dalam perlawanan itu, The Blues bermula gagah apabila mendahului 3-0 dalam separuh masa pertama menerusi jaringan Andrey Santos, Tyrique George dan Estavao, masing-masing pada minit kelima, 15 dan 41.
Bagaimanapun, kelab London itu cemas apabila Wolves bangkit merapatkan jurang kepada 2-3 dalam separuh masa kedua menerusi gol Tolu Arokodare (m-48) dan David Molter Wolfe (m-73).
Keadaan kian getir apabila penyerang Chelsea, Liam Delap, dilayangkan kad merah pada minit ke-86 tetapi Jamie Glittens meredakan sedikit tekanan itu dengan jaringannya pada minit ke-89.
Wolfe sekali lagi merapatkan jurang buat tuan rumah dalam waktu kecederaan tetapi sudah terlalu lewat untuk Wolves mengubah nasib mereka.
Sebagai rekod, satu lagi pasukan pilihan, Liverpool, tersingkir apabila dibelasah Crystal Palace 3-0 di Anfield.

Nike Phantom 6 Low Academy
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang