PIALA EFL
Piala EFL: Chelsea elak kecederan Reece James berulang
CHELSEA 2 BLACKBURN 0
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, mengambil pendekatan berhati-hati berhubung minit permainan ketua pasukan, Reece James, yang memulakan perlawanan buat kali kedua musim ini dalam kemenangan 2-0 Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi.
James yang kembali cergas selepas mengalami masalah hamstring pada Ogos lalu beraksi selama 61 minit permainan sebelum ditukar untuk Malo Gusto ketika membenam Blackburn di tempat sendiri.
Iklan
Benoit Badiashile menyumbangkan gol pembukaan dalam penampilan pertamanya musim ini sementara Raheem Sterling menambah gol kedua selepas rehat untuk menempah pertembungan suku akhir dengan Newcastle.
Pochettino berkata: “Rancangannya adalah untuk memastikan bagaimana perasaan James dalam babak awal dan selepas 15 minit, dia mula keletihan dan kami menelitinya dalam separuh masa kedua.
"Kami perlu berhati-hati bagaimana kami menguruskannya.
? We're the Blackburn boys making all the noise, everywhere we go! ?#CHEvROV | #Rovers ?⚪️ https://t.co/hJsc8sW87M pic.twitter.com/R876ofQFa9— Blackburn Rovers (@Rovers) November 1, 2023
“Kami memutuskan untuk membuat pertukaran kerana saya fikir ia satu tindakan yang penting demi perkembangannya dan berhati-hati agar kecederaan tidak berulang.
"Kadangkala pemain boleh beraksi 90 minit dan mungkin mengambil beberapa risiko tetapi kami perlu mengelak hal sebegini.
"Memang benar kami tidak boleh mengelak risiko sepenuhnya tetapi rancangannya adalah untuk mengambil satu persatu langkah."
Must-Watch Video