Skuad bimbingan Eddie Howe -yang merupakan naib juara Piala EFL 2023- terselamat daripada tekanan awal yang diberikan anak buah Mikel Arteta selepas Alexander Isak meletakkan pasukan pelawat mendahului pada minit ke-37.
???
— Newcastle United (@NUFC) January 7, 2025
A half century of Newcastle United goals for Alexander Isak! ? pic.twitter.com/ZgBLgt2upd
Malah, penyudah jarak jauh pemain sayap, Anthony Gordon, dalam separuh masa kedua sekali lagi menghukum benteng pertahanan The Gunners untuk Newcastle selesa mendahului sehingga wisel penamat.
The Magpies mempunyai dua gol untuk dipertahankan semasa aksi timbal balik separuh akhir kedua di St. James Park nanti.
Full-time at Emirates Stadium.
— Arsenal (@Arsenal) January 7, 2025
Attentions turn to Sunday. pic.twitter.com/PRZvJJoLK9
Untuk rekod, gol pembukaan yang dijaringkan Isak merupakan jaringan ke-50 untuk Newcastle dalam semua kejohanan, sejak penampilan sulungnya pada Ogos 2022.
Pemain Sweden itu kini telah menjaringkan 10 gol dalam sembilan perlawanan terakhirnya dalam semua kejohanan sekali gus menjadi pemain Newcastle pertama yang menjaringkan gol ketika berdepan Arsenal dalam dua perlawanan berbeza dalam satu musim sejak Laurent Robert pada 2001/02.