Ketua jurulatih Amerika Syarikat (AS), Vlatko Andonovski, melepaskan jawatannya berikutan kegagalan pasukan itu, yang tersingkir dalam pusingan 16 Piala Dunia Wanita.
Harapan juara berturut-turut dua edisi terakhir itu untuk mengekalkan dominasi mereka dalam edisi di Australia dan New Zealand kali ini tidak kesampaian selepas mereka gagal ke suku akhir susulan kekalahan kepada Sweden dalam penentuan penalti.
Dengan perkembangan itu, penolong jurulatih, Twila Kolgore, kini dinamakan sebagai ketua jurulatih interim bagi mengisi kekosongan berkenaan.
Andonovski, yang menggantikan Jill Ellis pada 2019, berkata dalam satu kenyataan: "Ia merupakan satu penghormtan dalam hidup saya untuk melatih pemain berbakat dan rajin dalam USWNT sepanjang empat tahun ini.
"Saya amat optimis dengan masa depan program ini, terutama dengan memikirkan mengenai ramai pemain muda sudah mendapat peluang sepanjang beberapa tahun ini, yang sudah pasti akan menjadi pemimpin dan pemain yang memberikan impak pada masa akan datang.
"Ketika kita semua kecewa dengan keputusan yang diperoleh dalam Piala Dunia tahun ini, saya amat berbangga dengan perkembangan yang pasukan ini telah lalui, sokongan yang telah mereka tunjukkan sesama sendiri dan inspirasi yang telah mereka berikan buat pemain lain di seluruh dunia.
"Saya berterima kasih kepada Persekutuan Bolasepak AS kerana memberikan saya peluang untuk melatih pasukan yang luar biasa ini," katanya.

U.S. Soccer and Vlatko Andonovski Mutually Agree to Part Ways » https://t.co/YupK3TDouD
— U.S. Women's National Soccer Team (@USWNT) August 17, 2023
Sporting Director Matt Crocker names Twila Kilgore Interim Coach of #USWNT. pic.twitter.com/cmmki0i6EF