Bintang Manchester United itu dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dunia dalam bola sepak wanita oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Februari lalu dan turut dilantik sebagai timbalan kapten oleh ketua jurulatih England, Sarina Wiegman, sempena kejohanan berprestij kali ini.
Earps hanya menyedari bajunya tidak akan disediakan oleh pengeluar Nike pada April lalu dan sejak itu dia berjuang secara tertutup sebelum England membuka kempen mereka menentang Haiti, namun masih tidak berjaya.
Juara Euro 2022 itu berkata: “Saya tidak mampu mengatasi masalah ini dalam apa cara sekalipun, jadi saya tidak akan mencubanya lagi. Ia amat mengecewakan dan begitu menyakitkan.
“Secara peribadi ia mengecewakan memandangkan sejakl 12 bulan lalu posisi penjaga gol mula menjadi perhatian.
That GK life. ✨
— Lionesses (@Lionesses) July 21, 2023
Shot on Google Pixel. pic.twitter.com/rT0QJ6VWji
“Saya sentiasa menyertai program akar umbi baru-baru ini dan mereka sering bertanyakan hal jersi penjaga gol.
“Ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang saya sendiri tidak dapat membeli jersi saya, mereka akan keluar dan memakai jersi biasa.
"Saya fikir ini adalah satu masalah besar, penjaga gol seolah-olah tidak penting dan penyerang sahaja yang lebih menjadi tumpuan.”
Replika jersi penjaga gol skuad lelaki England, Jordan Pickford, juga tidak dapat diperoleh di England.