Pemenang perlawanan akhir Piala Dunia Wanita Sepanyol, Olga Carmona, mengetahui bapanya baru sahaja beberapa jam meninggal dunia.
Berita sedih itu diumumkan oleh kelab pertahanan Real Madrid itu selepas gol tunggalnya menghadiahkan kejayaan buat Sepanyol, seterusnya mengecewakan England dalam detik penentuan kejuaraan di Sydney, malam tadi.
Ketua pasukan itu meledak jaringan gol pada minit ke-29 untuk menghampakan Lionesses 1-0 di Stadium Australia bagi merangkul gelaran dunia pertama.
Kenyataan daripada Real Madrid berbunyi: “Real Madrid, presiden kami dan lembaga pengarah kami amat sedih dengan kematian bapa pemain kami. Olga Carmona.
Comunicado Oficial.#RealMadrid
— Real Madrid C.F. (@realmadridfem) August 20, 2023
"Real Madrid ingin mengucapkan takziah dan kasih sayang kami kepada Olga, keluarganya dan semua orang tersayangnya."