Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Wanita: England ke final kali pertama atasi Australia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

england-wwc.jpg
AUSTRALIA 1 ENGLAND 3

Jaringan Lauren Hemp dalam babak kedua memacu kemaraan England ke final Piala Dunia Wanita buat kali pertama dengan mengatasi tuan rumah, Australia, 3-1 dalam perlawanan separuh akhir di Sydney malam tadi.

Ella Toone -- yang menggantikan pemain digantung perlawanan, Lauren James -- menjaringkan gol pembukaan England di depan 75,784 penonton pada minit ke-36.

Kapten Australia, Sam Kerr, yang memulakan perlawanan buat kali pertama dalam kempen edisi ini, memastikan Australia kembali bersaing apabila menjaringkan gol penyamaan gemilang menerusi gerakan solo luar biasanya pada minit ke-63.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak kekal lama apabila Hemp meletakkan The Lionesses sekali lagi di depan pada minit ke-71 dan Alessia Russo menamatkan perjuangan tuan rumah dengan gol ketiga England pada minit ke-86.

Kemenangan itu menyaksikan England akan mencongak perhitungan dengan Sepanyol bagi penentuan gelaran di Sydney hujung minggu ini.

England kini hanya dibezakan satu kemenangan lagi untuk menjulang dua trofi utama dalam tempoh 13 bulan selepas menjuarai Euro Wanita musim panas lalu.

Australia, dalam pada itu, akan bertemu Sweden bagi penentuan tempat ketiga di Brisbane Sabtu ini.

 

Advertisement

Must Watch Video