Dua perlawanan terakhir itu melengkapkan aksi pusingan 16 dengan tumpuan seterusnya akan terarah ke saingan suku akhir bermula Jumaat ini.
Colombia layak ke suku akhir apabila mengatasi Jamaica 1-0 di Melbourne semalam hasil jaringan tunggal Catalina Usme pada awal babak kedua.
Jaringan itu jelas menjadi pemisah di antara dua pasukan 'kuda hitam' kejohanan berkenaan, di mana Usme menghasilkan penyudah tenang untuk mengatasi penjaga gol, Rebecca Spencer, pada minit ke-51.
Kemenangan itu juga menyaksikan pasukan dari Amerika Selatan berkenaan mara ke suku akhir Piala Dunia Wanita buat kali pertama dalam sejarah mereka.
? ¡???́ ?????!
— Selección Colombia (@FCFSeleccionCol) August 8, 2023
???❤️#PersiguiendoUnSueño#TodosSomosColombia?? pic.twitter.com/rntOTGcm5i
Dalam pada itu, Perancis menamatkan perjalanan Maghribi apabila meraih kemenangan 4-0 di Adelaide malam tadi.
Maghribi merupakan pasukan di ranking terendah dalam edisi ini, di mana mereka menduduki tangga ke-72 dunia dalam penampilan pertama mereka.
Bagaimanapun, Perancis menamatkan perjalanan itu dalam babak pertama apabila menjaringkan tiga gol pantas, di mana Kadidiatou Diani membuka jaringan pada minit ke-15 sebelum membantu gol Kenza Dali dan Eugenie Le Sommer, masing-masing pada minit ke-20 dan 23.
Maghribi, yang dibimbing bekas pemain kebangsaan Perancis, Reynald Pedros, mempamerkan aksi lebih baik dalam babak kedua tetapi sekali lagi dibolosi oleh tandukan Le Sommer pada minit ke-70.