Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Wanita: Brazil gagal ke pusingan 16 buat kali pertama sejak 1995

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

54cb35f8dc174c799779ee4a58cbebcf.jpg
Brazil tersingkir daripada Piala Dunia Wanita selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Jamaica di Melbourne.

Afrika Selatan bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Itali 3-2 dan menduduki naib juara Kumpulan G, dengan Sweden menewaskan Argentina 2-0 manakala hatrik daripada Kadidiatou Diani membantu Perancis menewaskan Panama 6-3 untuk mendahului Kumpulan F.
 

Jamaica menghasilkan kejutan terbesar Piala Dunia di Melbourne dengan mengekang Brazil dalam keputusan seri tanpa jaringan sekaligus menyaksikan mereka gagal mara ke pusingan 16 buat kali pertama.

Brazil, yang memerlukan kemenangan untuk mara, mendominasi pertemuan terakhir Kumpulan F di AAMI Park tetapi tidak menemui kejayaan dan menemui jalan keluar di peringkat kumpulan kejohanan buat kali pertama sejak 1995.

Reggae Girlz, yang mengekang Perancis juga dengan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pembukaan mereka sebelum menewaskan Panama 1-0, masih belum melepaskan sebarang gol pada kejohanan itu dan pergi bertemu pemenang Kumpulan H.
 

Advertisement

Must Watch Video