Perjanjian itu diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA pada Jumaat, sekali gus mencipta sejarah baru Netflix memperolehi hak untuk menyiarkan kejohanan sukan sepenuhnya buat kali pertama.
"Selaku nama besar dan rakan kongsi jangka panjang baharu FIFA, Netflix telah mempamerkan tahap komitmen tinggi untuk pembangunan bola sepak wanita", kata Presiden FIFA, Gianni Infantino.
Netflix wins US rights for Women's World Cups https://t.co/vcvjvBoi4e
— BBC News (World) (@BBCWorld) December 20, 2024
Piala Dunia 2027 bakal diadakan di Brazil, manakala tuan rumah bagi edisi 2031 masih belum ditentukan dengan England dan Amerika Syarikat antara nama yang dicadangkan sebagai pembida berpotensi.
Netflix juga bakal tayangkan dua perlawanan NFL pada 25 Disember depan sebagai sebahagian daripada perjanjian tiga tahun untuk menyiarkan perlawanan pada Hari Krismas.