PIALA DUNIA
Piala Dunia Qatar: Tchouameni versi gabungan Pogba-Kante
Pemain tengah Perancis, Aurelien Tchouameni, ingin lari daripada bayangan yang biasanya dikhususkan buat pemain yang tercedera, Paul Pogba dan N'Golo Kante, selepas membantu Les Bleus layak ke final Piala Dunia.
Pasukan kendalian Didier Deschamps itu menundukkan Maghribi 2-0 di Stadium Al Bayt, awal pagi tadi, untuk memastikan tempat dalam aksi kemuncak menentang Argentina, Ahad ini.
Ia secara tidak langsung menyaksikan Perancis menjadi negara pertama yang melangkah ke dua final Piala Dunia berturut-turut selepas Brazil pada 2002 dengan memadam sebarang kejutan daripada Maghribi.
Iklan
Persediaan Perancis dalam misi mempertahankan gelaran di Qatar agak kucar-kacir tanpa barisan tonggak akibat krisis kecederaan termasuk pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema, apatah lagi dalam tiga edisi terakhir, juara bertahan berdepan badi tersingkir di peringkat kumpulan.
Namun, pada Ahad ini Les Blues berpeluang muncul sebagai wakil Eropah pertama yang memenangi Piala Dunia berturut-turut sejak Itali melakukannya pada 1938 sambil Tchouameni memainkan peranan penting dalam barisan tengah yang berwajah baharu.
Ditanya sama ada peranan Pogba atau Kante paling sesuai untuknya, dia menjawab: "Kedua-duanya sekali!
“Kadang-kadang adalah menjadi (tugas saya) untuk merampas semula bola seperti hari ini dan adakalanya saya mempunyai peluang untuk menjaringkan gol sebagaimana perlawanan yang lalu.

"Atau hari ini ketika saya mencipta umpanan buat Kylian Mbappe dan Olivier Giroud. Ia adalah gabungan di antara kedua-duanya (Pogba dan Kante)."
Dia menambah: "Mereka adalah pemain yang hebat untuk pasukan.
"Malangnya mereka tiada di sini kerana tercedera, jadi kami perlu cuba berikan yang terbaik untuk membantu pasukan di tengah padang dan saya fikir kami telah melaksanakan tugas yang hebat."
Must-Watch Video