Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Sarr terlepas kempen bersama Senegal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sarr.jpg
Pertahanan Bayern Munich, Bouna Sarr, mengesahkan bahawa dia akan terlepas kempen Piala Dunia Qatar bersama Senegal pada November depan selepas memutuskan untuk menjalani pembedahan lutut kiri.

Pemain berusia 30 tahun itu bergelut dengan kecederaan di bahagian berkenaan selama beberapa tahun ini, yang membataskannya dengan sekadar 12 penampilan bersama Bayern musim lalu dan masih tidak diturunkan sepanjang musim ini.

Sarr memulakan kesemua tujuh perlawanan Senegal sewaktu memenangi gelaran Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) awal tahun ini tetapi pemain serba boleh itu tidak akan dapat beraksi buat negaranya dalam Piala Dunia Qatar.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan kekecewaan saya untuk tidak dapat berada di padang bagi beberapa bulan akan datang, terutama dengan terlepas Piala Dunia," tulis Sarr dalam satu kiriman Instagram

"Ia bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat, selepas beberapa bulan memikirkannya, saya faham bahawa ini adalah keputusan yang terbaik dan sepatutnya saya lakukan bagi kelangsungan karier saya."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bouna Sarr (@bounasarr)



*Kredit foto: FC Bayern
 

Advertisement

Must Watch Video