Pada usia 37 tahun, Ronaldo berharap dapat membantu Portugal melepasi saingan Kumpulan H, di mana mereka akan memulakan saingan dengan menentang Ghana pada awal pagi Jumaat ini sebelum bertemu Uruguay dan Korea Selatan.
Messi, 35, akan mengetuai cabaran pasukan pilihan, Argentina, dalam saingan Kumpulan C bermula dengan aksi menentang Arab Saudi pada Selasa ini sebelum menghadapi Mexico dan Poland.
Selepas beberapa tahun bersaing hebat dengan bekas bintang Barcelona, Messi, Ronaldo -- yang juga merupakan bekas penyerang Real Madrid -- mengakui bahawa dia mengidamkan untuk bertemu seteru lamanya itu dalam final Piala Dunia Qatar pada 18 Disember ini.
"Ia satu impian yang amat-amat bagus, amat-amat bagus" kata Ronaldo kepada Piers Morgan dalam Talk TV.
Kedua-dua pemain itu mengumpulkan 12 Anugerah Ballon d'Or, di mana Messi merupakan pemenang terbanyak dengan tujuh gelaran dan mengatasi Ronaldo dengan dua gelaran dan ia jelas menunjukkan dominasi dua pemain bintang itu yang kian dimamah usia.
Messi kini mewakili Paris Saint-Germain (PSG) manakala masa depan Ronaldo di Manchester United pula kelihatan akan berakhir tidak lama lagi berikutan konfliknya bersama kelab itu.
Lionel Messi vs. Cristiano Ronaldo: The Final World Cup Face/Off ⚔️
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) November 16, 2022
Two of the greatest players of this generation, and neither one has won the FIFA World Cup.
We look ahead to what will surely be their final battle at the World Cup.
?? ?? #FIFAWorldCup ⬇️