Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Reece James terlepas kempen bersama England

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

reece-james.jpg
Reece James akan terlepas kempen bersama England dalam Piala Dunia Qatar bulan depan selepas Chelsea mengesahkan bahawa pertahanan itu perlu berehat selama lapan minggu gara-gara kecederan.

James terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan lutut ketika Chelsea menewaskan AC Milan di San Siro dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi Rabu lalu.

The Blues kini mengesahkan bahawa dia akan menjalani program pemulihan dan akan diketepikan selama dua bulan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan laman web rasmi mereka, Chelsea berkata: "Susulan kecederan lutut yang dialaminya ketika menentang Milan di laman lawan, Reece telah menjalani rawatan di bahagian perubatan Chelsea dan menemui pasukan pakar hujung minggu ini.

"Selepas perbincangan di antara semua pihak, Reece kini akan menjalani program pemulihan dan dijangka akan berehat selama lapan minggu."

England akan membuka kempen di Qatar dengan menentang Iran pada 22 November ini.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video