PIALA DUNIA
Piala Dunia Qatar: Perancis umum pengganti Presnel Kimpembe
Tempat Presnel Kimpembe dalam Piala Dunia Qatar akan digantikan oleh Axel Disasi walaupun pertahanan Paris Saint-Germain (PSG) itu kembali daripada kecederaan hujung minggu lalu.
Selepas sekadar menjadi pemerhati dalam kemenangan PSG ke atas Juventus dan Lorient, pertahanan itu tampil 15 minit terakhir dalam kemenangan 5-0 ke atas Auxerre dalam Ligue 1, Ahad lalu.
Kimpembe, yang telah mewakili Perancis 28 kali, berkata selepas perlawanan dia berasa dalam keadaan baik dan tidak sabar-sabar lagi untuk menyertai negaranya bagi menghadapi kempen Qatar 2022.
Bagaimanapun, awal pagi tadi Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) mendedahkan bahawa pertahanan itu sendiri tidak menganggap dirinya pulih sepenuhnya untuk mewakili juara dunia tersebut.
Didier Deschamps kemudian menyenaraikan pertahanan tengah, Disasi, yang telah membuat 23 penampilan bersama Monaco musim ini dalam skuad 26 pemain Les Bleus.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyerang Borussia Monchengladbach, Marcus Thuram, turut dipanggil selepas menjaringkan 13 gol dan mencipta empat gerakan jaringan lagi dalam 17 penampilan musim ini.
Skuad Perancis dijadualkan akan berkumpul di pangkalan latihan Clairefontaine menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan D menentang Australia pada Selasa depan.
Mereka, yang cuba menjadi pasukan ketiga untuk menjulang mempertahankan Piala Dunia, kemudian menghadapi Denmark dan Tunisia.