PIALA DUNIA

Piala Dunia Qatar: Perancis fail aduan pemain jadi mangsa isu perkauman

Shaiful Shamsudin 21/12/2022 | 05:44 MYT
Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) mengesahkan akan memfailkan aduan selepas beberapa pemain Perancis menerima cacian berbentuk perkauman dan kebencian di media sosial.
Perancis tewas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia selepas terikat 3-3 di Stadium Lusail, Doha, kelmarin.
Berikutan kegagalan mempertahankan trofi itu, beberapa pemain Les Bleus dikatakan telah diserang dalam bentuk perkauman di media sosial.
Semalam, Bayern Munich mengecam ejekan terhadap Kingsley Coman yang merupakan salah seorang yang gagal menyempurnakan tugasan dari jarak 12 ela itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
FFF berjanji untuk membuat aduan terhadap individu yang bertanggungjawab atas penderitaan Coman dan rakan sepasukannya.
“Sejurus perlawanan akhir Piala Dunia, beberapa pemain daripada pasukan Perancis menjadi subjek perkauman dan kebencian -- yang tidak boleh diterima -- di rangkaian sosial,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.
"FFF mengutuk mereka dan akan memfailkan aduan terhadap mereka yang bertanggungjawab."
#Perancis #Piala Dunia Qatar