Raphael Varane berkata Perancis harus mengelak daripada membandingkan skuad ketika ini dengan pasukan yang memenangi Piala Dunia 2018 selepas mara ke peringkat kalah mati di Qatar 2022.
Les Bleus dalam misi mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi di Russia dan berada dalam kelompok 16 selepas mengetepikan cabaran Australia dan Denmark dalam Kumpulan D.
Varane, yang kembali daripada kecederaan ketika di Manchester United untuk beraksi dalam perlawanan kedua negaranya, merupakan tonggak yang turut dipertaruhkan Didier Deschamps yang menewaskan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir di Moscow, empat tahun lalu.
Tetapi bek tengah itu berkata skuad semasa perlu mengelak daripada terperangkap dengan pencapaian sebelum ini sungguhpun masih terdapat beberapa beberapa pemain yang pernah memenangi Piala Dunia.
"Anda perlu mengelak daripada membuat terlalu banyak perbandingan," katanya.
"Ini adalah tempoh berbeza jadi anda perlu berpijak di bumi yang nyata.
"Setiap kejohanan besar ada sejarahnya yang tersendiri, baik menerusi pemain dan konteks yang berbeza. Empat tahun dalam bola sepak adalah satu keabadian.
"Kami boleh mengutip inspirasi daripada perjuangan sebelum ini tetapi kami tidak boleh cuba menirunya."
Perancis -– yang akan berdepan Tunisia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan awal Rabu ini -– akan beraksi tanpa pemenang Piala Dunia, Lucas Hernandez, untuk baki kejohanan selepas dia mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan pembukaan dengan Australia.

1 - France are the first nation to reach the knockout stages of the 2022 World Cup. This is the first time the reigning champions have reached the round of 16 since Brazil in 2006. Champions. #FRADAN pic.twitter.com/9mArtA7klC
— OptaJean (@OptaJean) November 26, 2022