Eden Hazard mengakui Piala Dunia Qatar akan menjadi peluang terakhir buar 'Generasi Emas Belgium' untuk menjulang mahkota berprestij itu sambil menyatakan hasrat untuk kekal di Real Madrid.
Dengan kehadiran Hazard, Thibaut Courtois, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku, Belgium tetap buntu untuk memenangi trofi utama.
The Red Devils telah menamatkan tempoh 5 daripada 7 tahun lalu dengan menguasai ranking dunia tetapi terkandas dalam dua suku akhir Euro 2020.
Belgium juga tersingkir di peringkat yang sama dalam Piala Dunia 2014 sebelum mara ke separuh akhir edisi Russia 2018, di mana mereka ditewaskan oleh juara, Perancis.
Hazard, yang mengharungi detik sukar di Madrid selepas meninggalkan Chelsea, percaya Qatar akan menjadi peluang terakhir negaranya untuk menikmati kejayaan menerusi barisan bintang ketika ini.
"Saya tetap tersenyum. Ada pihak yang meragui kualiti saya tetapi bukan saya sendiri dan kita akan berjumpa lagi," kata pemain berusia 31 tahun itu.
"Bagi kami, Piala Dunia adalah peluang terakhir bagi membuktikan bahawa kami masih boleh memenangi sesuatu dengan generasi ini. Ia akan menjadi rumit, tetapi kami akan memberikan yang terbaik."
Hazard mencadangkan Qatar mungkin menjadi edisi Piala Dunia terakhirnya bersama Belgium dan berkata bahawa dia tidak berhasrat meninggalkan pangkalan kelab di ibu kota Sepanyol itu dalam tempoh terdekat atas pilihannya sendiri.
"Saya tidak mahu meninggalkan Real Madrid.
"Jawapannya jelas tetapi ia bukan hanya terletak di tangan saya," tambahnya.

11,59 million Belgians. 26 Devils. 1 goal. ? #DEVILTIME pic.twitter.com/wwCAMvlU6k
— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) November 10, 2022