Piala Dunia Qatar: Messi pemain berbeza ketika bersama Argentina, kata Gvardiol
Ammar Hakim
Disember 17, 2022 08:23 MYT
Disember 17, 2022 08:23 MYT
Josko Gvardiol akan berbangga kerana telah berdepan dengan 'pemain terbaik dalam sejarah', walaupun Lionel Messi berada di tahap yang lebih tinggi ketika menyarung jersi Argentina untuk mengaibkan pertahanan Croatia itu.
Gvardiol dan Messi telah menjadi dua daripada bintang Piala Dunia 2022 dan bersemuka di pentas separuh akhir.
Tetapi ia adalah pertarungan yang dimenangi Messi, menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan dalam kemenangan 3-0 Argentina.
Ia adalah bantuan yang paling mendapat perhatian apabila Messi menentang Gvardiol, menewaskannya dua kali sebelum melakukan hantaran untuk Julian Alvarez.
Kekalahan itu menyaksikan Gvardiol dan Croatia terlepas peluang ke final, tetapi dia masih gembira dapat bermain dengan Messi.
“Saya sudah pun menentangnya, tetapi dia bermain berbeza berbanding dengan kelabnya,” kata Gvardiol.
4 – Lionel Messi has become the first player to both score and assist in four separate World Cup matches (since the 1966 edition). Magical. 2006 vs Serbia 2022 vs Mexico 2022 vs Netherlands 2022 vs Croatia pic.twitter.com/Qsh36wCuCj
— OptaJoe (@OptaJoe) December 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia satu pengalaman yang hebat, dan suatu hari nanti saya akan memberitahu anak-anak saya bahawa saya bermain menentang pemain terbaik dalam sejarah."
Messi nampaknya telah mengesahkan bahawa ini akan menjadi Piala Dunia terakhirnya, ketika dia cuba untuk memimpin Argentina mengatasi Perancis pada perlawanan akhir esok, dan perkara yang sama dijangkakan terhadap pemain tengah Croatia berusia 37 tahun, Luka Modric.
Tetapi Andrej Kramaric, bercakap bersama pemain RB Leipzig Gvardiol, tidak begitu pasti Modric bersedia untuk bersara daripada perlawanan antarabangsa.
“Kita semua tahu berapa banyak kata-kata indah yang ditulis mengenai Luka dan apa yang dia lakukan bukan sahaja untuk Croatia tetapi seluruh dunia,” kata Kramaric. “Mengenali dia, saya tidak pasti ini adalah yang terakhir.
"Umur datang untuk semua orang, termasuk untuknya, tetapi dia akan kekal abadi untuk seluruh dunia. Dia menjadikan segala-galanya yang sukar menjadi mudah."