Ketua Eksekutif Qatar 2022, Nasser Al Khater, berkata kematian adalah lumrah kehidupan selepas disoal siasat berhubung laporan seorang pekerja asing meninggal dunia ketika Piala Dunia dilangsungkan.
Semalam, Athletic melaporkan bahawa seorang lelaki Filipina yang dikatakan berusia awal 40-an meninggal dunia ketika bertugas di pangkalan pasukan Arab Saudi di peringkat kumpulan.
Menurut laporan itu lagi, kejadian tersebut sedang disiasat oleh Kerajaan Qatar.
Ditanya oleh BBC, Al Khater menjelaskan kematian adalah sebahagian lumrah dalam kehidupan sambil mempersoalkan mengapa penemuduga telah memilih untuk bertanya kepadanya tentang kejadian itu.
Dia berkata: "Kami sedang melangsungkan Piala Dunia, kami menjayakan Piala Dunia dan ini adalah sesuatu yang anda mahu bincangkan sekarang?
“Maksud saya, kematian adalah lumrah kehidupan, sama ada di tempat kerja atau ketika anda tidur.
"Ya seorang pekerja telah meninggal dunia, takziah buat kepada keluarganya, namun ini pelik ini berdasarkan sesuatu yang anda ingin fokuskan sebagai soalan pertama yang anda ajukan."
Shaiful Shamsudin
Thu Dec 08 2022