PIALA DUNIA

Piala Dunia Qatar: Mario Gotze kembali selepas lima tahun menyepi dari skuad Jerman

Ammar Hakim 10/11/2022 | 22:54 MYT
Mario Gotze kembali menyertai skuad Jerman bagi Piala Dunia Qatar, dengan Youssoufa Moukoko dan Niclas Fullkrug turut tersenarai.
Gotze, penjaring gol kemenangan dalam aksi final edisi 2014 ketika menentang Argentina, tidak mewakili skuad kebangsaan sejak 2017 tetapi telah memperoleh peluang baru apabila menampilkan permainan berkualiti sejak berhijrah ke Eintracht Frankfurt tahun lalu.
Manakala penyerang Dortmund, Moukoko bakal membuat penampilan sulung bersama Jerman, menggunakan peluang di sebalik kecederaan dialami Timo Werner dan Lukas Nmecha, tetapi tiada ruang buat Mats Hummels, yang tidak beraksi dalam skuad kebangsaan tahun ini, di sebalik prestasi cemerlang musim ini.
Pemain Southampton, Armel Bella-Kotchap dan wakil RB Leipzig, Lukas Klostermann tersenarai dalam jentera pertahanan, bersama-sama gandingan Freiburg, Christian Gunter dan Matthias Ginter.
Kuartet Bayern, Joshua Kimmich, Jamal Musiala, Thomas Muller dan Leon Goretzka turut bakal membuat penampilan termasuk Ilkay Gundogan dan Kai Havertz.
Pemain Werder Bremen, Niclas Fullkrug turut dijangka bakal membuat penampilan sulung buat Jerman, selepas menjaringkan 10 gol dalam Bundesliga musim ini.
Skuad penuh: Manuel Neuer (Bayern), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona), Kevin Trapp (Eintracht Frankfurt); Armel Bella-Kotchap (Southampton), Matthias Ginter (Freiburg), Christian Gunter (Freiburg), Thilo Kehrer (West Ham), Lukas Klostermann (RB Leipzig), David Raum (RB Leipzig), Antonio Rudiger (Real Madrid), Nico Schlotterbeck (Borussia Dortmund), Niklas Sule (Borussia Dortmund); Julian Brandt (Borussia Dortmund), Leon Goretzka (Bayern), Mario Gotze (Eintracht Frankfurt), Ilkay Gundogan (Man City), Kai Havertz (Chelsea), Joshua Kimmich (Bayern), Jamal Musiala (Bayern), Thomas Muller (Bayern), Karim Adeyemi (Borussia Dortmund); Niclas Fullkrug (Werder Bremen), Serge Gnabry (Bayern), Jonas Hofmann (Borussia Monchengladbach), Youssoufa Moukoko (Borussia Dortmund), Leroy Sane (Bayern).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jerman #Mario Gotze #Piala Dunia Qatar
;