Roberto Mancini berasakan Argentina, yang diketuai Lionel Messi, akan memenangi gelaran ketiga mereka dalam Piala Dunia Qatar 2022.
Itali kendalian Mancini tidak layak ke kejohanan terbesar itu selepas tewas 0-1 kepada Macedonia Utara dalam perlawanan playoff pusingan kelayakan pada Mac lalu.
Ketiadaan Itali di Qatar merupakan satu kejutan memandangkan mereka merupakan juara Euro 2020 selepas menewaskan England dalam penentuan penalti aksi final.
Kejayaan itu menyaksikan mereka bertemua Argentina dalam Finalissima di Wembley pada Jun lalu selepas pasukan bimbingan Lionel Scaloni berkenaan memenangi Copa America.
Argentina mudah menewaskan Itali 3-0 dalam perlawanan itu dan Mancini berkata La Albiceleste merupakan pasukan pilihan untuk memenangi edisi kali ini.
"Terdapat banyak pasukan yang kuat," katanya kepada wartawan.
"Jika saya perlu pilih satu pasukan, saya akan memilih Argentina.
"Mereka benar-benar menakjubkan ketika kami berdepan sesama sendiri."

1 - In last night's match between Argentina and Italy, Lionel Messi created the most chances (4), had the most assists (2), attempted the most shots (8), completed the most take-ons (5) and carried the ball 150 metres more than any other player (493m). Phenomenon. pic.twitter.com/n9FsyEhAQg
— OptaJoe (@OptaJoe) June 2, 2022