Portugal mungkin lebih menyerlah tanpa Cristiano Ronaldo dalam pusingan 16 Piala Dunia di Qatar tetapi jurulatih Maghribi, Walid Regragui, lebih rela melihat penyerang handalan itu terus di bangku simpanan.
Ronaldo digugurkan oleh Fernando Santos dalam kesebelasan utama selepas menimbulkan kemarahan jurulatih Portugal itu ketika digantikan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Korea Selatan.
Ketiadaan pemain berusia 37 tahun itu kurang dirasai ketika juara Eropah 2016 itu menentang Switzerland yang menyaksikan Portugal menang 6-1 sementara Goncalo Ramos melakar hatrik.
Santos hampir pasti akan mengekalkan barisan sama apabila pasukannya berhitung dengan Maghribi dalam suku akhir malam ini, Regragui sebaliknya lebih gemar ia kekal sebegitu.
"Saya tidak pasti sama ada Ronaldo akan memulakan perlawanan. Saya harap dia tidak akan melakukannya," kata Regragui.
"Sebagai jurulatih, saya tahu sedar antara pemain terbaik dalam sejarah. Saya gembira jika dia tidak bermain.
"Tetapi kami tidak akan memberi tumpuan kepada Portugal. Mereka dahagakan kejayaan, mereka juga ingin melakar sejarah.
"Kami akan mendapat sokongan ramai di stadium dan kami boleh melakukannya."
Sepanjang sidang akhbar pra-perlawanan itu malam tadi, Regragui menekankan cita-citanya untuk mengukir sejarah tersendiri bersama Maghribi.
Mengenai ramalan pra-kejohanan bahawa Maghribi akan terkandas awal di peringkat kumpulan, dia berkata: "Mereka semua menyangka mereka tahu siapa yang akan memenangi Piala Dunia. Kami juga.
"Pemain kami dahagakan kejayaan. Kami belum berpuas hati dengan apa yang kami capai setakat ini."

1 - Morocco coach Walid Regragui has become the first ever African manager to reach the World Cup quarter-finals. Pioneer. #MORSPA pic.twitter.com/3tLWzvuOff
— OptaJean (@OptaJean) December 6, 2022