Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) mengesahkan Leroy Sane akan terlepas perlawanan pembukaan Piala Dunia Qatar 2022 ketika Jerman berdepan Jepun gara-gara kecederaan lutut.
Pemain sayap Bayern Munich itu tidak turun dalam persiapan terakhir Die Mannschaft bagi menghadapi perlawanan Kumpulan E di Stadium Antarabangsa Khalifa, malam esok.
Satu kenyataan DFB berbunyi: "Pasukan kebangsaan Jerman harus beraksi tanpa Leroy Sane dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Jepun.
"Penyerang berusia 26 tahun yang mewakili FC Bayern Munich itu tidak dapat diturunkan untuk berjumpa juara Asia empat kali itu berikutan masalah lutut.
"Baki 25 pemain skuad Jerman dalam Piala Dunia ini pula mengambil bahagian dalam sesi latihan terakhir di Al-Shamal.
Selepas makan tengah hari, skuad juara dunia empat kali itu akan menuju ke ibu negara Qatar, Doha, di mana kapten, Manuel Neuer, dan rakan sepasukannya bakal bermalam di sana sebelum perlawanan berkenaan.
Walaupun kehilangan Sane -- yang menyumbangkan 11 gol dalam 45 penampilan buat negaranya -- jelas merupakan tamparan hebat, ketua jurulatih, Hansi Flick, masih mempunyai banyak pilihan lagi di bahagian serangan; antaranya Serge Gnabry, Julian Brandt, Mario Gotze, Kai Havertz dan Jamal Musiala.

ℹ️ @leroy_sane will miss tomorrow's opening game against Japan with a knee problem.
— Germany (@DFB_Team_EN) November 22, 2022
Get well soon, Leroy! ?#GER #FIFAWorldCup pic.twitter.com/JXKRCgac4T