Piala Dunia Qatar: Juara bertahan peroleh permulaan terbaik, Mbappe, Giroud menyinar
Ammar Hakim
November 22, 2022 06:42 MYT
November 22, 2022 06:42 MYT
Penyerang Perancis, Olivier Giroud, menyamai rekod jaringan Thierry Henry ketika Les Bleus bangkit untuk mempertahankan kejuaraan Piala Dunia dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia awal pagi tadi.
Selepas ketiadaan khidmat Karim Benzema, Paul Pogba dan beberapa pemain lain ekoran kecederaan, Perancis berdepan satu lagi tamparan apabila Craig Goodwin memberikan gol pendahuluan buat Australia.
Namun penyandang juaran itu bertindak balas, menerusi Adrien Rabiot yang menghasikan jaringan serta melakukan bantuan jaringan buat Giroud yang meletakkan Perancis di hadapan.
Kylian Mbappe kemudian memastikan tiga mata penuh sebelum melakukan bantuan jaringan buat Giroud untuk meledak gol ke-51 sekaligus membenarkan Perancis memperoleh kawalan penuh Kumpulan D.
51 - Olivier Giroud has scored his 51st goal for France, joining Thierry Henry as France's topscorer. Olive. #FRAAUS pic.twitter.com/mLwtMFr4ik
— OptaJean (@OptaJean) November 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perancis bakal berdepan Denmark dalam perlawanan Kumpulan D seterusnya pada hari Sabtu, manakala Australia menentang Tunisia pada hari yang sama.