Skuad kendalian Tite mengejar gelaran tertinggi kejohanan bola sepak yang pertama sejak 2002, ketika mereka bakal memulakan kempen berdepan Serbia dalam Kumpulan G.
Mereka juga bakal berdepan Switzerland dan Cameroon, ketika mereka mencari peluang menamatkan penantian dua dekad di Qatar 2022, selepas dilihat sebagai pilihan kejohanan.
Tetapi penjaga gol Manchester City, Ederson, berkata sebarang reputasi hanya akan direalisasikan jika mereka memberikan segalanya dan sentiasa meletakkan sasaran kepada objektif pasukan.
“Kami tahu betapa sukar misi kami, tetapi kami mempunyai pasukan yang bagus dengan jumlah kapasiti untuk mara ke final dan cuba memenanginya,” katanya kepada laman web rasmi kelabnya.
"Kami perlu mempunyai mentaliti ini, mentaliti kemenangan. Kami perlu berfikir bahawa kami akan ke final, kami akan berusaha untuk ke final dan itulah yang akan kami lakukan.
"Piala Dunia adalah Piala Dunia. Apabila anda bercakap tentang Piala Dunia, apa yang terlintas dalam fikiran mana-mana pemain yang boleh bermain serta gambaran menjulang trofi itu -- dan ia tidak berbeza untuk saya.
"Apabila saya memikirkan tentang Piala Dunia, saya membayangkan Brazil menjulang trofi."
13 - Brazil have scored 13 direct free kick goals in the World Cup since 1966. It's more than twice as many such goals as any other side (Germany, 6). Speciality. #FIFAWorldCup pic.twitter.com/XG4zk5NSIz
— OptaJoao (@OptaJoao) November 18, 2022