Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Impian Messi tercapai

messi-2.jpg

Apabila Gonzalo Montiel berjaya menyempurnakan sepakan penalti keempat Argentina, ia mengesahkan La Albiceleste menjulang Piala Dunia buat kali ketiga selepas 36 tahun tidak memenanginya. 

Ini merupakan kejuaraan yang luar biasa dimenangi anak didik Lionel Scaloni itu apabila berjaya membenam juara bertahan, Perancis, melalui sepakan penalti setelah melalui pelbagai ranjau dan duri sepanjang temasya Piala Dunia Kali Ke-22 di Qatar. 

Inilah perlawanan akhir yang terbaik dan terhebat dipamerkan oleh kedua-kedua pasukan itu sehingga ia diakui sendiri oleh ramai bekas-bekas pemain bertaraf dunia seperti David Beckham, Andriy Schevchenko, Gary Lineker, John Terry dan ramai lagi.

Ia disebabkan oleh dua pemain bintang yang telah memberi aksi yang memukau di hadqpan seluruh pencinta bola sepak dunia selain berjaya mempengaruhi rakan-rakan sepasukan iaitu Lional Messi dan Kylian Mbappe. 

Itu yang diterjemahkan Messi yang berjaya melakukan dua jaringan dan merancang gerakan sebagaimana jaringan yang diperolehi Angel Di Maria. 

Sementara itu, Mbappe mencipta sejarah tersendiri di alaf malenium ini apabila berjaya melakukan hatrik di pentas akhir Piala Dunia dalam edisi ke-22 ini selain dilakukan Sir Geoff Hurst (England) pada 1966. 

Ini yang menyebabkan Piala Dunia di bumi Qatar ini membawa satu fenomena luar biasa baik di atas padang dan juga di luar.

 

Tetapi yang lebih menjadi tumpuan pada temasya kali ini sebenarnya ialah kepada kelibat Messi kerana ramai yang ingin melihat beliau berjaya menjulang Piala Dunia sebelum mengakhiri kerjayanya. 

Walaupun telah di gelar sebagai Pemain Terbaik Sepanjang Zaman (G.O.A.T) dan dinobatkan anugerah Ballon d’Or sebanyak tujuh kali. 
Namun, masih ada yang mempertikaikan gelaran yang diterima itu hanya disebabkan beliau masih tidak berjaya membawa Argentina menjulang Piala Dunia lagi. 

Tetapi malam tadi segala-galanya sudah berakhir apabila Messi berjaya membawa pulang Piala Dunia ke Argentina kembali selepas 36 tahun.





Kejayaan dan pencapaian yang dimiliki secara peribadi itu telah membuatkan Messi menjadi salah seorang legenda yang akan dikenang sampai bila-bila dan ia diakui sendiri oleh Neymar dan Cristiano Ronaldo. 

Bukan mudah perjalanan kerjayanya sehingga berjaya menggecapi apa yang diperolehinya ketika ini, yang mana sebelum itu pernah dihina dan dibakar gambarnya semasa zaman kejatuhan Argentina. 

Namun, berkat kesabarannya dan dorongan daripada orang tersayang disekelilingnya telah membuat Messi terus bangkit untuk mengejar impiannya menjulang Piala Dunia. 

Inilah satu pengajaran dan tauladan yang boleh dipelajari dan dicontohi oleh pemain-pemain di Malaysia kerana tiada yang mustahil sekiranya kita terus usaha dan percaya pada kemampuan diri kita serta rakan-rakan sepasukan kita untuk terus memburu impian kita.


 

Advertisement

Must Watch Video