Piala Dunia Qatar: FIFA 23 ramal Argentina bergelar juara

Ammar Hakim
November 10, 2022 11:49 MYT
EA Sports menggunakan FIFA 23 meramalkan keputusan Piala Dunia 2022, dengan Argentina menewaskan Brazil dalam perlawanan akhir.
Kejohanan itu bakal bermula 20 November dan Brazil serta juara bertahan Copa America, Argentina, memiliki peluang cerah, ketika mereka mencari peluang untuk menamatkan dominasi 20 tahun pasukan Eropah.
Argentina, tewas kepada Jerman pada final 2014, diramalkan menerusi FIFA 23 untuk menamatkan dominasi tersebut.
Lionel Messi juga diramalkan akan memenangi Kasut Emas dengan menjaringkan tujuh gol dalam lapan perlawanan.
Menariknya, EA Sports telah memilih pemenang daripada tiga edisi terdahulu dan mereka berjaya lolos ke separuh akhir -- sementara mereka juga meramalkan pasukan paling menyerlah di kejohanan itu.
Berdasarkan permainan video itu, Argentina mendominasi secara keseluruhan, dengan Emiliano Martinez, Marcos Acuna, Leandro Paredes, dan Rodrigo de Paul menyertai Messi dalam skuad utama.
Finalis, Brazil menurunkan Marquinhos, Vinicius Junior dan Richarlison dalam kesebelasan utama, dengan Kylian Mbappe dan Raphael Varane tersenarai dalam skuad, sementara Portugal diletakkan sandaran kepada pertahanan sayap, Joao Cancelo.

??✅ 2010 ??✅ 2014 ??✅ 2018 ??❓ 2022 EA SPORTS has got it right since 2010 ? See how the FIFA World Cup played out in the #FIFA23 simulation and have your say ? https://t.co/rQ24tEwrTg pic.twitter.com/EuiyhQnPQI

— EA SPORTS FIFA (@EASPORTSFIFA) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Brazil #Argentina #Piala Dunia #EA Sports #Piala Dunia Qatar #FIFA 23
;