LALIGA
Piala Dunia Qatar: Dani Alves jadi pemain tertua dalam sejarah Brazil
Dani Alves akan menjadi bintang Piala Dunia tertua buat Brazil selepas kembali dipanggil menjelang saingan di Qatar bermula 20 November ini.
Alves, yang kini berusia 39 tahun dan mula melakukan penampilan antarabangsa pertamanya pada 2006, akan beraksi dalam Piala Dunia buat kali ketiga sepanjang kariernya.
Bekas pertahanan kanan Barcelona itu akan memahat sejarah baru bersama Selecao selaku pemain tertua beraksi di pentas tertinggi berkenaan, sekali gus memadam rekod Djalma Santos, yang menyertai Piala Dunia 1966 pada usia 37 tahun.
Iklan
Penyenaraian Alves merupakan sesuatu yang mencuri tumpuan dalam pengumuman yang dilakukan ketua jurulatih, Tite, awal pagi tadi tetapi pengendali itu turut melakukan kejutan di bahagian serangan pasukannya.
Dua gandingan Arsenal, Gabriel Martinelli dan Gabriel Jesus, berhasil menempatkan diri dalam edisi kali ini tetapi bintang Liverpool, Roberto Firmino, tidak tersenarai berikutan lambakan pemain di bahagian berkenaan.3.5 - Dani Alves created 3.5 chances per game in the Liga MX this season, the most of any player in the tournament. Meritocracy. pic.twitter.com/jsysnmtm8T— OptaJoao (@OptaJoao) November 7, 2022
Alisson dan Ederson kekal sebagai pilihan terbaik di bahagian penjaga gawang manakala Thiago Silva, Marquinhos dan Danilo kesemuanya dipanggil semula.
Dua pemain Manchester United, Fred dan Casemiro, pula akan memperkuatkan bahagian tengah mereka sambil Neymar akan menyertai Jesus di bahagian serangan selepas menikmati musim terbaiknya di Paris Saint-Germain (PSG).
Senarai penuh pemain Brazil:
Alisson (Liverpool), Ederson (Manchester City), Weverton (Palmeiras); Alex Sandro (Juventus), Alex Telles (Sevilla), Bremer (Juventus), Dani Alves (UNAM), Danilo (Juventus), Eder Militao (Real Madrid), Marquinhos (Paris Saint-Germain), Thiago Silva (Chelsea); Bruno Guimaraes (Newcastle United), Casemiro (Manchester United), Everton Ribeiro (Flamengo), Fabinho (Liverpool), Fred (Manchester United), Lucas Paqueta (West Ham); Antony (Manchester United), Gabriel Jesus (Arsenal), Gabriel Martinelli (Arsenal), Neymar (Paris Saint-Germain), Pedro (Flamengo), Raphinha (Barcelona), Richarlison (Tottenham), Rodrygo (Real Madrid), Vinicius Junior (Real Madrid).
Must-Watch Video